aktiviti yang dijalankan ini berlangsung di sungai kalumpang. eventnya sangat memberi keseronokan pada diri saya dan rakan-rakan. aktiviti mandi-manda ini sungguh memberi impak kepada kami sebagai satu team CATALYST gegurl. Moga2 pada masa akan datang, event ini mampu dijalankan lagi dengan penglibatkan semua team CATALYST gegurl~~
duniaituluas:)
Saturday, November 5, 2011
KONVESYEN KELAB PEMADAM
20-22 MEI 2011
masuk larian PEMADAM IPTA |
khusyuk... |
datang awal.boleh tangkap gmbar sikit |
cikgu UPSI |
Setiap slot diisi dengan pelbagai ceramah yang disampaikan oleh Pegawai Pemadam Kebangsaan di samping individu yang berjaya melepasi tahap kesukaran ketika berada di dalam tahap tidak sedar dengan menggunakan dadah dalam hidup mereka. Program ini dilihat amat baik dianjurkan namun begitu saya lihat kebanyakan masanya banyak dihabiskan dengan ceramah sehinggakan ada peserta yang ketiduran. Saya rasa jika diseling-seli dengan aktiviti dalam dewan besar kemungkinan akan merapatkan ukhuwah antara mahasiswa-mahasiswi semua U yang menghadiri konvensyen ini. Selain itu, ketika event ini berlangsung explorace turut diadakan dengan melibatkan semua U yang hadir pada konvensyen ini. Bukan itu sahaja, event yang dilibatkan juga adalah Larian PEMADAM-IPTA. Sekian.
Thursday, October 27, 2011
HOBI MASA LAPANG
hobi pada masa lapang:
berbasikal pada waktu pagi banyak mencergaskan individu dalam memperolehi suatu nikmat udara ketika berada di luar dari rumah. Udara yang diperolehi sangat fresh malah cuaca yang dingin menyebabkan tubuh badan kekal dalam cergas walaupun penat mengayuh basikal
destinasi perjalanan saya dan rakan-rakan bermula pada jam 7.00 pagi. Kami berkumpul di depan Kolej Ungku Omar sebelum memulakan perjalanan. Setelah kesemua ahli cukup untuk bertolak, kami menyewa basikal di kedai pembelian tiket. Kadar sewaannya hanya RM2 untuk sejam perjalanan dan RM1 untuk seterusnya. Usai itu, kami bertolak ke kampus UPSI untuk melawat dengan menaiki basikal dan seterusnya ke kedai makan berhadapan dengan padang UPSI.
FAEDAH BERBASIKAL:
- kesihatan tubuh badan
- mampu melawan penyakit barah
- memperolehi udara yang segar pada pagi hari
- mengurangkan berat badan
- menjimatkan wang
- satu cara untuk bersenam
dicedok daripada http://www.commutebybike.net/benefits-of-cycling.php
Subscribe to:
Posts (Atom)